Produk : Jam Kembara 'Hiking'

Idea Perniagaan

Kejadian peserta kembara ke hutan atau mendaki sesat sering berlaku, ada yang berkesudahan dengan kematian akibat lambat ditemui.
Antara sebab ialah seperti tahap kecergasan yang berbeza antara peserta, peserta terjatuh gaung, peserta tersalah laluan, lemas dan sebagainya.

Antara insiden seperti Operasi Udara Mencari Dan Menyelamat Mangsa Sesat Semasa Mendaki Gunung. 'OPS GERAS'

Seorang mangsa telah dilaporkan hilang semasa menyertai ekspedisi mendaki Gunung Geras, Gerik, Perak. Kumpulan seramai 24 orang pendaki dibawah kendalian Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur memulakan pendakian pada 31 Januari 2015. Wakil kumpulan tersebut telah membuat laporan kehilangan seorang rakan di Balai Polis gerik pada 3 Februari 2015. Mangsa  disyaki sesat atau hilang dari kumpulan beliau sejak 1 Januari 2015.

Penyelesaian

Menghasilkan jam khusus untuk sukan hiking yang dilengkapi fungsi pengesanan kawan terpisah daripada kumpulan aktiviti kembara atau yang tersesat jalan.

Mengurangkan insiden ahli kembara/ hiking terpisah daripada kumpulan.
Mempercepat penjejakan dan usaha menyelamat.

Cara Produk Berfungsi

  • Setiap jam pintar ahli program kembara hiking akan dihubungkan antara satu sama lain.
  • Jika terdapat peserta yang tidak berada dalam jarak yang ditetapkan, para peserta yang lain akan segera di 'ALERT' kan dengan kehilangan ahli atau ahli tertinggal di belakang


Ciri-Ciri dan Keunikan Produk

Merupakan jam pintar yang dilengkapi dengan fungsi berikut :-

  • ciri-ciri asas jam kembara seperti GPS, compass ketinggaian dan barometer
  • alert mengenai ahli yang tertinggal/ terpisah jauh
  • penjejakan ahli yang hilang
  • bateri yang tahan lama dan boleh dicaj dengan SOLAR
  • binaan jam yang RUGGEDIZED (tahan lasak, kalis air)
  • kira berapa lama jam ditanggal/tertanggal daripada pemakai bagi membolehkan ahli lain menganggarkan luas kawasan yang perlu dicari
  • mempunyai fungsi radio beacon/'PING" bertahan selama 30 hari dan 'AUTO ACTIVATED' apabila terpisah daripada rakan-rakan kembara lain
  • Menyimpan track log kembara
Pasaran Sasaran : Penggiat Aktiviti Sukan Hiking



Potensi :  Pasaran Jam Pintar 2014 sekitar 700 Juta unit, jika dapat rebut/'tap' sebahagian kecil, adalah mencukupi untuk permulaan.

Penguasaan Pasaran : Menyasarkan >= 0.5% penguasaan pasaran jam pintar pada awal, perlu diPATENKAN,  

Keuntungan syarikat juga bakal dijana hasil lesen teknologi yang digunakan oleh produk syarikat lain

Strategi Pemasaran/Promosi
  • Pengenalan produk di Consumer Electronic Show (CES), Las Vegas 
  • Promosi kepada kelab-kelab kembara, sertai pameran MATTA FAIR dan pameran berkaitan aktiviti lasak
  • Sertai TRADE FAIR di dalam dan luar negara
  • Media Baru

'Feasibility & Viability'
Produk jam untuk kembara sediada hanya dilengkapi dengan fungsi GPS, barometer, atlimeter, dan pengira degupan jantung. Namun, setakat ini tiada produk dikhususkan untuk hiking di pasaran.
Perlu RnD, sebelum dikomersilkan.

Model Perniagaan
  • Pembuatan jam dibuat di China atas disebabkan keberkesanan kos dan kepakaran
  • Dijual secara hak exclusive oleh syarikat jualan barangan sukan terpilih yang mempunyai rangkaian pasaran meluas
  • Jualan secara online di laman web rasmi syarikat


SHARE

Fixness.Tech

Hi. Kami Syarikat Fixness Technology

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment